Sunday, February 10, 2019

Sejarah SK Tengkek



Bangunan asal Sekolah Melayu Tengkek telah didirikan pada tahun 1907 secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk kampung. Mengikut catatan, pembelajaran telah dimulakan pada 19 Januari 1907. Bangunannya dari kayu, berlantai simen berdinding papan, beratap rumbia dan mempunyai bentuk empat segi bujur dengan keluasan lebih kurang 100’ x 80’ kaki persegi. Di bahagian hujung sebelah dalam bangunan (sebelah barat) disekat dengan dinding dijadikan 2 buah bilik untuk kediaman guru-guru. Terdapat satu bangunan kecil untuk dapur dibina terpisah dari bangunan induk ini, berdekatan dengan bilik guru berkenaan. Tidak jauh dari bangunan dapur tersebut ada sebuag perigi yang diturap dengan simen, dipanggil perigi batu, untuk sumber bekalan air sekolah. Kawasan sekolah dipagar dengan kawat duri untuk melindungi bangunan, taman bunga, kebun sayur sekolah dari diganggu oleh binatang-binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing. Tapak bangunan asal ini terletak di atas tanah bangunan baharu 3 tingkat sekarang ini.

Untuk menampung kekurangan bilik darjah, maka dari semasa ke semasa penduduk kampung telah bergotong-royong mendirikan bangunan kayu sementara untuk digunakan sebagai bilik darjah. Walau bagaimanapun bangunan-bangunan ini tidak tahan lama dan kini semuanya telah dirobohkan.


Sumber Rujukan:  http://psssktengkek.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment