JAWATANKUASA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) KAMPUNG TENGKEK
DAERAH: KUALA PILAH
DUN: JUASSEH
PENGERUSI: MAT ZIN BIN MALIK (011 2608 8897)
SETIAUSAHA: SULAIMAN BIN MALIK (013 3715117)
BENDAHARI: KHAIRUL ANUAR BIN MOHD NOR (012 6267405)
BIRO-BIRO
PEMBANGUNAN DAN PRASARANA: ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN: LASIM BIN KARIM
EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN: MOHAMMAD RAFEE BIN DARMAWAN
KESEJAHTERAAN DAN KECERIAAN: ZAINI BIN MOHAMMAD
PENDIDIKAN DAN INOVASI: ZABARIAH BINTI AZIZ
AGAMA DAN SIVIK: DARMAWAN BIN MOHSIN
KEBAJIKAN DAN KESUKARELAWAN: MUHAMAD RIDUAN BIN DARMAWAN
BELIA, SUKAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO): ABDUL AZIZ BIN JAAFAR
INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI: MUHAMAD BIN MD YUSOF
HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA: SITI HASNAH BIN DARMAWAN
MPKK KAMPUNG TENGKEK
Monday, July 8, 2019
Klinik Desa Kampung Tengkek
Daerah: Kuala Pilah
Nama: Klinik Desa Kampung Tengkek
Alamat: 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
No Tel: 06-4984067
Monday, February 11, 2019
Hutan Lipur Jeram Tengkek
Hutan Lipur Jeram Tengkek
Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.
Sumber: http://www.mdkp.gov.my/ms/hutan-lipur-jeram-tengkek-0
Hutan Lipur Jeram Tengkek
Malaysia
2° 52' 0.9696" N, 102° 10' 55.4484" E
See map: Google Maps
MY
Sunday, February 10, 2019
Sejarah SK Tengkek
Bangunan asal Sekolah Melayu Tengkek telah didirikan pada tahun 1907 secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk kampung. Mengikut catatan, pembelajaran telah dimulakan pada 19 Januari 1907. Bangunannya dari kayu, berlantai simen berdinding papan, beratap rumbia dan mempunyai bentuk empat segi bujur dengan keluasan lebih kurang 100’ x 80’ kaki persegi. Di bahagian hujung sebelah dalam bangunan (sebelah barat) disekat dengan dinding dijadikan 2 buah bilik untuk kediaman guru-guru. Terdapat satu bangunan kecil untuk dapur dibina terpisah dari bangunan induk ini, berdekatan dengan bilik guru berkenaan. Tidak jauh dari bangunan dapur tersebut ada sebuag perigi yang diturap dengan simen, dipanggil perigi batu, untuk sumber bekalan air sekolah. Kawasan sekolah dipagar dengan kawat duri untuk melindungi bangunan, taman bunga, kebun sayur sekolah dari diganggu oleh binatang-binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing. Tapak bangunan asal ini terletak di atas tanah bangunan baharu 3 tingkat sekarang ini.
Untuk menampung kekurangan bilik darjah, maka dari semasa ke semasa penduduk kampung telah bergotong-royong mendirikan bangunan kayu sementara untuk digunakan sebagai bilik darjah. Walau bagaimanapun bangunan-bangunan ini tidak tahan lama dan kini semuanya telah dirobohkan.
Sumber Rujukan: http://psssktengkek.blogspot.com/
Sekolah Kebangsaan Tengkek
| Kod | NBA1032 |
|---|---|
| Nama Sekolah | SK TENGKEK |
| Alamat | KG TENGKEK, BATU KIKIR. |
| PPD | PPD KUALA PILAH |
| Status | Beroperasi |
| No Telefon | 064981879 |
| No Fax | 064981879 |
| Sesi | Pagi Sahaja |
| Jenis Bantuan | Sekolah Kerajaan |
| Jenis Murid | Lelaki dan Perempuan |
| Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu |
| Jenis Asrama | Tiada Asrama |
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Assalamualaikum.
Salam Perpaduan.
Semoga 2019 ini akan membawa perubahan pada diri ini maupun rakan taulan. Semoga kita semua lebih baik dari hari sebelumnya. Beginilah kita semua.....belajar dan terus belajar.
Blog ini dibangunkan bagi menyalurkan mesej yang sangat berguna dan bermanfaat kepada semua penduduk Kampung Tengkek.
Kami juga mengalu-alukan agar rakan-rakan pembaca atau tetamu yang melayari blog ini boleh memberi pandangan yang membina bagi meningkatkan pencapaian.
Tel: 013-371 5117 Setiausaha
Tel: 011-2608 8897 Pengerusi
Terima kasih.
Selamat Maju Jaya
Salam Perpaduan.
Semoga 2019 ini akan membawa perubahan pada diri ini maupun rakan taulan. Semoga kita semua lebih baik dari hari sebelumnya. Beginilah kita semua.....belajar dan terus belajar.
Blog ini dibangunkan bagi menyalurkan mesej yang sangat berguna dan bermanfaat kepada semua penduduk Kampung Tengkek.
Kami juga mengalu-alukan agar rakan-rakan pembaca atau tetamu yang melayari blog ini boleh memberi pandangan yang membina bagi meningkatkan pencapaian.
Tel: 013-371 5117 Setiausaha
Tel: 011-2608 8897 Pengerusi
Terima kasih.
Selamat Maju Jaya
Subscribe to:
Comments (Atom)

